LIKE OUR FB FAN PAGE FOR MORE OFFER & PROMOTIONS!!!

Cerita Mesti Baca!! Must Read!!

Wednesday, 11 January 2012

CARA MUDAH BUANG TOKSIN DALAM BADAN - DETOX



KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.

Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.

Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.



Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Bertemu dengan Pengurus Produk Juvanex di Cambert (M) Sdn. Bhd., Gracia Ng, menemukan pelbagai skop tentang kebaikan buang toksin dan cara-caranya.

Beliau yang juga seorang ahli farmasi berpengalaman, menerangkan bahawa secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.

Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Ng menerangkan, simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.

“Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.

“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Ng, toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.

“Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

“Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,” ujar Ng.

Rutin pembuangan air besar  akan terganggu

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang norma.

“Pengalaman saya sebagai seorang ahli farmasi, wanita lebih kerap mengalami masalah pembuangan air besar. Ada kes seorang wanita yang hanya membuang air besar seminggu sekali.

“Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.

“Sebenarnya, sebarang pengambilan ubat untuk kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin pembuangan air lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan tersebut. Mereka ini akan terdedah kepada penyakit sembelit,” cerita Ng berdasarkan pengalamannya.

Jelasnya, proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

“Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.

“Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan,” katanya.

Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan,” jelas Ng.

DETOX LEBIH MUDAH DENGAN FOOT DETOX... ---> FOOT DETOX
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...