Cerita Mesti Baca!! Must Read!!

Wednesday, 25 January 2012

KESAN & KEBAIKAN PENGAMBILAN SUNTIKAN VITAMIN C


Kulit cantik dengan suntikan vitamin c



Bila sebut wanita, bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Tidak ada wanita di dunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik. Malah, kebanyakan wanita sanggup melakukan apa saja demi memperoleh kecantikan yang diimpikan. Biasa dengar tentang suntikan vitamin C? Saya percaya, ramai yang sudah maklum tentangnya atau telah pun mencubanya sendiri.Tidak kurang juga yang telah menjadikannya satu kemestian demi kecantikan mereka. Disebabkan oleh keasyikan ini jugalah, sudah banyak pusat rawatan kecantikan yang mengambil peluang menawarkan perkhidmatan suntikan seumpamanya. Kalau tanya pendapat saya, memang tidak salah kalau ingin cantik. Tepuk dada, tanya selera. Persoalannya, mengapa teknik suntikan vitamin C lebih menjadi pilihan berbanding menelan pil vitamin itu sahaja?


Ini kerana, apabila suntikan dilakukan, vitamin akan menyerap ke bahagian sistem badan yang memerlukannya. Berbeza dengan pengambilan pil kerana ada kebarangkalian, vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan. 

Seorang doktor yang menyediakan perkhidmatan seumpama ini memberitahu, sebanyak 95 peratus suntikan vitamin C akan menyerap masuk ke dalam darah berbanding pengambilan pil (lima peratus).

Ini kerana, apabila pil vitamin C itu masuk ke dalam sistem tubuh, ia bercampur dengan bahan-bahan makanan lain di dalam perut sebelum mengambil masa lapan jam untuk diserapkan. Saya sendiri tidak terkecuali daripada mengambil suntikan vitamin C ini atas nasihat doktor peribadi.

Penggunaannya lebih disebabkan oleh waktu tidur saya yang tidak mencukupi, solekan yang terlalu lama serta diet yang kadangkala tidak menentu kerana banyak terlibat dalam penggambaran drama dan filem. Keperluan penjagaan teliti pada kulit menyebabkan saya mengambil suntikan vitamin C, dua minggu sekali. Jika berasa lemah-lemah badan, batuk dan selesema, saya juga akan segera mendapatkannya.

Suka juga saya menasihatkan agar anda semua berhati-hati apabila melakukan suntikan ini.
Dikhuatiri beberapa faktor tertentu seperti bukan ori, tarikh luputnya yang sudah tamat tempoh atau bahan-bahannya yang tidak bersesuaian dengan badan, akan memberikan kesan sampingan yang negatif.

Sememangnya, vitamin C telah dipercayai sejak turun-temurun dalam melawan sel kanser, batuk, hipertensi (darah tinggi), asma, sinus (resdung) di samping mampu menegang, mencantik serta menggebukan kulit.

Namun, sekiranya diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. Bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik pula, tidak disarankan mengambil vitamin C kerana ia mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic.

Pesanan saya, jangan biarkan perut anda kosong sebelum melakukan suntikan vitamin C.
Bagi mana-mana perokok yang berminat untuk mengambil suntikan ini, lupakan sahaja kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok bukan sahaja akan memusnahkan vitamin baru tetapi juga yang sedia berada di dalam badan.

Kesimpulannya, tidak salah mengambil suntikan vitamin C untuk kesihatan. Jangan sampai berlebihan sudahlah. Namun, suntikan semata-mata belum menjamin kecantikan sebagaimana yang diimpikan. Amalan hidup yang sihat, corak pemakanan yang teratur seperti banyak mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman tidak kurang pentingnya. Bersenam, jangan lupa.

Anda boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai suntikan vitamin C di klinik-klinik yang berhampiran.



FAKTA TENTANG VITAMIN C


VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

SUNTIKAN VITAMIN C TELAH DIGUNAKAN SEJAK TAHUN 40'AN BERTUJUAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT, PROSES PENUAAN ADALAH DISEBABKAN OLEH RADIKAL BEBAS DAN FAKTOR USIA, AKIBAT DARI TINDAK BALAS RADIKAL BEBAS TERSEBUT MENJADIKAN KULIT KITA ROSAK,KUSAM,BERKEDUT-KEDUT SERTA MUNCUL PIGMENT-PIGMENT HITAM PADA KULIT.FUNGSI VITAMIN C ADALAH SEBAGAI BAHAN ANTIOKSIDAN UNTUK MELAWAN RADIKAL BEBAS DIDALAM BADAN KITA. VITAMIN C JUGA MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN DALAM TUBUH KITA SERTA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMYEMBUHAN SEKALI GUS MENINGKATKAN JARINGAN KULT MENJADIKAN KULT AWET MUDA. VITAMIN C DGN FUNGSI ANTIOKSIDANNYA BERPERANAN MEREMAJAKAN KULIT, MENCEGAH PENUAAN AKIBAT SERANGAN RADIKAL BEBAS SERTA MENGHALANG SINARAN MATAHARI YG BOLE MENIMBULKAN GANGGUAN KULIT.PROSES TERAKHIRNYA MENJADIKAN KULIT LEBIH SIHAT,CANTIK,BERSIH,BERSINAR DAN CERAH.

1)VITAMIN C ADALAH SEBATIAN ORGANIK YANG DIPERLUKAN DIDALAM TUBUH SETIAP HARI, VITAMIN C DAPAT MENGUATKAN KEUPAYAAN TUBUH KITA MENYEMBUHKAN PENYAKIT.

2)KEKURANGAN VITAMIN C MENYEBABKAN COLLAGEN YANG C LEMAH DAH TIDAK SIHAT, MENYEBABKAN PEMULIHAN KULIT YANG LAMBAT. KEKURANGAN YANG BERPANJANGAN AKAN MENYEBABKAN SKURVI, BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN C YANG CUKUP UNTUK KEKAL SIHAT DAN CANTIK.

3)TUBUH KITA TIDAK BOLEH MENGHASILKAN ATAU MEMBINA VITAMIN C DENGAN SENDIRINYA.

4)VITAMIN C ADALAH SEBATIAN YANG LARUT AIR, APABILA BERLEBIHAN DENGAN MUDAH DIKELUARKAN DARIPADA TUBUH.

5)VITAMIN C MUDAH MUSNAH DIBAWAH HABA, SINARAN ULTRA UNGU,ADITIF MAKANAN,BAHAN KIMIA PERTANIAN DAN MUDAH DIOKSIDAKAN JIKA TERDEDAH PADA UDARA. KEBANYAKKAN VITAMIN C DIDALAM MAKANAN KITA SUDAH MUSNAH SEBELUM MAKANAN DIMAKAN DISEBABKAN DIMASAK TERLALU LAMA, DISIMPAN TERLALU LAMA JUGA TERDEDAH PADA UDARA.



MANAFAAT VITAMIN C

1)MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL DALAM DARAH.

2)MENGHALANG SKURVI. 
(SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)MEMPERTINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN.

4)MEMGUATKAN DINDING SALUR DARAH.

5)MENOLONG PEMBENTUKAN TISU GENTIAN.

6)MEMBANTU PEMBENTUKAN KARTILEJ, TULANG DAN GIGI YANG SIHAT.

7)MENGURANGKAN KEDUT PADA KULIT

8)MEMBAIKI PARUT PADA KULIT.

9)MENCEGAH PENURUNAN PAYUDARA DAN BUTTOCK

10)MENJADIKAN KULIT LEBIH CERAH

11)MENGHILANGKAN JERAWAT DAN PIGMENTASI.

12)MENJAGA KESIHATAN OTOT DAN MENCANTIKKAN/MENGHALUSKAN KULIT.

13)MEMBANTU PENGHASILAN COLLAGEN DIMANA COLLAGEN DAPAT MENINGKATKAN KEANJALAN DAN KEREMAJAAN KULIT.

14)MELAMBATKAN PROSES PENUAAN DAN MENGHALUSKAN PORI-PORI PADA KULIT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...