LIKE OUR FB FAN PAGE FOR MORE OFFER & PROMOTIONS!!!

Cerita Mesti Baca!! Must Read!!

Tuesday, 10 January 2012

PETUA MANDI BUNGA



Mandi bunga memang baik untuk bakal pengantin mahupun untuk mandian sehai-hari, ianya berkesan untuk kesegaran badan, menaikkan semangat diri dan menceriakan aura diri kita.

Dibawah ini saya ingin berkongsi petua dan cara-cara mandi bunga.

Untuk mandi bunga ini tak perlulah anda pergi ke spa ataupun pusat-pusat kecantikan, sebab ianya senang dibuat sendiri.




Bahan-bahannya :
- Bunga kenanga.
- Bunga mawar.
- Bunga susun kelapa.
- Bunga kesidang.
- Bunga tanjung.
- Bunga cempaka.
- Hirisan daun limau purut.
- Hirisan daun pandan.
- Air mawar (biasa dijual dikedai bunga India).

Caranya :

1. Air mawar dititikkan kedalam hirisan daun pandan dan daun limau purut yang telah diracik halus.

2. Kemudian rendamkan 7 jenis bunga tadi dengan air semalaman didalam mangkuk seramik.

3. Sebelum mandi bacakan Salawat nabi 3 kali dan Al-fatihah sekali dan niatkan untuk tujuan apa anda mandi bunga ini. (Niatkan yang baik-baik sahaja).

4. Selepas itu barulah air rendaman ini digunakan untuk mandian.


Khasiat MANDI BUNGA:

Ianya mampu menaikkan semangat diri. Haruman bunganya dapat menenangkan fikiran dan warna-warna bunga menceriakan aura penglihatan yang mampu memberi ketenangan.

Badan yang letih dan lesu akan terasa segar dan sihat setelah mandi dengan ramuan ini.

Kalau boleh lakukanlah sebulan sekali, selain untuk menaikkan seri wajah ianya boleh membuatkan wajah dan badan sentiasa awet muda. InsyaAllah.

Nota :
Kalau salah satu bunga diatas tiada, boleh digantikan dengan bunga lain seperti bunga kekwa, tetapi jangan gunakan bunga yang berbau busuk.


ANDA JUGA BOLEH MENCUBA PRODUK AURA SERI , TIDAK PERLU LAGI KE SPA, ANDA BOLEH LAKUKANNYA SENDIRI DI RUMAH...

SELAMAT MENCUBA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...